Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, salah satu fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengan iPhone 4S adalah sokongan bantuan berasaskan suara, iaitu Siri. Melaluinya, para pengguna boleh membuat pelbagai arahan ringkas dengan hanya menggunakan suara sahaja, sekaligus memudahkan tugas mereka ketika sedang melakukan pekerjaan yang lain.

Sokongan Siri ini hanya akan didapati melalui iPhone 4S sahaja, selain mana sokongan bahasa juga dijangka akan diperluaskan dalam masa terdekat. Ketika pelancaran ini, Siri hanya menyokong bahasa Inggeris, Jerman dan juga Perancis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd