iPhone 4S Di Singapura Hujung Bulan Ini – Di Malaysia Selepas Itu?

iPhone 4S Di Singapura Hujung Bulan Ini – Di Malaysia Selepas Itu?

Diterbitkan pada Okt 5, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Apple telah pun memperkenalkan telefon pintar generasi baru mereka yang dikenali sebagai iPhone 4S, membawakan pelbagai perkara menarik bersama-sama dengannya. Dan kini, ia disahkan yang mana iPhone 4S akan boleh didapati di Singapura bermula penghujung Oktober ini.

Dan dengan pelancaran di Singapura pada Oktober ini, kita mungkin akan dapat melihat iPhone 4S di Malaysia tidak lama selepas itu, berkemungkinan pada November atau Disember tahun ini, membawakan pelancaran iPhone 4S lebih pantas berbanding peranti iPhone sebelum ini.

Dan sama seperti sebelum ini, kita mungkin akan dapat melihat iPhone 4S ditawarkan oleh Maxis, DiGi dan juga Celcom bersama pakej dan pelan masing-masing yang menarik. Sebelum ini, Maxis turut sama pernah memperkatakan yang mana mereka akan cuba membawakan peranti terbaru daripada Apple itu secepat mungkin, sebaik sahaja pelancarannya. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkaitan dengannya di Malaysia.


TIPS & ULASAN