Samsung Mula Memperlihatkan Peranti Akan Datang – Bakal Diperkenalkan 12 Oktober

Samsung Mula Memperlihatkan Peranti Akan Datang – Bakal Diperkenalkan 12 Oktober

Diterbitkan pada Okt 5, 2011 oleh .

Dengan tamatnya pengumuman iPhone 4S, kini dunia tertumpu kepada peranti akan datang daripada Samsung dan juga Google yang bakal diperkenalkan pada 12 Oktober kelak. Ramai yang kini mengatakannya yang mana berkemungkinan besar, Nexus Prime yang menggunakan Ice Cream Sandwich akan diperkenalkan kepada umum pada acara tersebut.

Buat masa ini, apa yang bakal dibawakan melalui Nexus Prime masih lagi tidak diketahui. Tetapi daripada video promosi ringkas yang diperlihatkan oleh Samsung, ia menunjukkan sebuah peranti yang melengkung, sekaligus menjadikannya kelihatan menarik.

Spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui, tetapi yang pastinya ia akan membawakan sokongan NFC dalam mempromosikan Google Wallet, selain mana turut akan membawakan cip pemprosesan yang lebih pantas daripada semua peranti sedia ada.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN