Carian
Gingerbread Kini Digunakan Pada Lebih 38.2% Peranti Android Seluruh Dunia
October 5, 2011 Aman

Nampaknya, pengguna peranti Android 2.3 Gingerbread semakin meningkat dari hari ke hari, dimana melalui statistik semasa yang dikeluarkan oleh pihak Google melalui halaman Android Developers, ia memperlihatkan pengguna Gingerbread kini telah pun melangkaui angka 38.2% daripada keseluruhan pengguna Android seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, Froyo masih kekal sebagai sistem operasi utama dengan pegangan pasaran sebanyak 45.3%, namun ia semakin berkurangan dari hari ke hari. Pengguna tablet ataupun Honeycomb pula adalah sekitar1.8% daripada keseluruhan pengguna Android.

Angka ini mungkin akan memperlihatkan perubahan dalam masa beberapa bulan akan datang, dengan penyertaan versi Android baru, iaitu Android Ice Cream Sandwich, yang mana dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Mungkin kita akan dapat melihat demonstrasi awal Ice Cream Sandwich melalui Nexus Prime yang dijangka akan diperkenalkan pada minggu hadapan.

Komen