Akaun Twitter Pengacara HotFM Digodam – Beberapa Data Dilepaskan

Akaun Twitter Pengacara HotFM Digodam – Beberapa Data Dilepaskan

Diterbitkan pada Okt 5, 2011 oleh .

Nampaknya, sekali lagi beberapa akaun Twitter pengacara radio HotFM telah pun digodam, dimana berbeza dengan sebelum ini, kali ini beberapa data pengguna yang didapati daripada emel dan akaun sosial pengguna tersebut turut sama dilepaskan, membolehkan para pengguna lain melihatnya melalui sebuah halaman khas yang disediakan pengodam yang dikenali sebagai JarJarBinks.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bagaimanakah pengodam berjaya memasuki akaun pengacara tersebut, dan ia dilihat akaun tersebut telah pun digodam sejak daripada semalam lagi. Dan pengodam tersebut turut sama meninggalkan mesej kepada pemilik akaun dengan meminta mereka menghubungi kembali mereka, supaya dapat mengembalikan kembali akaun tersebut.

www.is.gd/opssatu, notelefon artis dan some data, -hacked by jarjarbinks-
Oct 05 via webFavoriteRetweetReply


TIPS & ULASAN