Cari @ Amanz

Kini, beberapa ura-ura awal memperkatakan yang mana Microsoft berkemungkinan akan membida untuk memiliki Yahoo!, seperti mana pernah dilakukan oleh gergasi perkomputeran itu beberapa tahun sebelum ini. Walaubagaimanapun, semuanya masih dalam peringkat awal buat masa ini.

Sebelum ini, Microsoft turut sama telah menandatangani perjanjian selama 10 tahun bersama-sama dengan Yahoo! untuk menggunakan enjin carian Bing pada portal Yahoo!.

Ia diperkatakan, selain Microsoft beberapa syarikat lain turut sama kelihatan berminat untuk mendapatkan Yahoo!, yang mana pembidaan mungkin akan berlaku dalam memiliki Yahoo! yang kini bernilai sekitar $20 billion.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd