Steve Jobs Meninggal Dunia

Steve Jobs Meninggal Dunia

Diterbitkan pada Okt 6, 2011 oleh .

Berita yang mungkin agak mendukacitakan ramai pengguna dan dunia teknologi sendiri, dimana hari ini Apple telah mengeluarkan kenyataan memperkatakan Steve Jobs telah pun meninggal dunia. Bekas CEO Apple ini telah membawakan pelbagai inovasi dalam dunia perkomputeran, dan telefon pintar, dan teknologi secara amnya.

Seperti sedia maklum, sebelum ini, Steve Jobs telah pun meletakkan jawatan sebagai CEO, dan digantikan oleh Tim Cook, yang telah pun mempersembahkan iPhone 4S kepada umum sebelum ini.

Kebijaksanaan Steve Jobs telah pun mempertingkatkan gaya hidup pengguna seluruh dunia, dan pelbagai inovasi telah dibawakan oleh beliau selama bertahun-tahun.

TIPS & ULASAN