Salah satu perkhidmatan yang popular dikalangan pembangun web adalah Cloudflare. Menariknya, hari ini ia dilihat yang mana pembantu perkhidmatan Cloudflare, melalui Twitter, turut menggunakan Bahasa Malaysia dalam membalas tweet yang berkaitan dengan mereka. Perkara ini dijayakan oleh mereka dengan menggunaka perkhidmatan Google Translate.
Bagi yang tidak kenali akan CloudFlare, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan para pembangun web menggunakannya, dalam usaha untuk meningkatkan prestasi web mereka, disamping membawakan pelbagai ciri-ciri keselamatan bersama-sama dengannya.
Para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan akaun percuma CloudFlare, dan menggunakannya hari ini, ataupun mendapatkan lebih nilai dengan menggunakan perkhidmatan berbayar mereka.