Carian
UMobile Kini Menawarkan Perkhidmatan BlackBerry Pada Hanya RM19 Sebulan
October 6, 2011 Aman

Nampaknya persaingan pakej BlackBerry Internet Service daripada penyedia tempatan semakin memperlihatkan penjimatan kepada pengguna. Selepas memperkenalkan pakej prabayar BlackBerry pada harga serendah RM25 sebulan, kini UMobile terus memperkenalkan potongan harga kepada pengguna prabayar mereka, dimana kini mereka menawarkan RM5.50 seminggu atau hanya RM19 sebulan.

Menariknya berbeza dengan syarikat telekomunikasi lain, UMobile turut sama menawarkan perkhidmatan menonton video YouTube tanpa had bersama-sama dengan pakej mereka, selain daripada perkhidmatan BlackBerry mereka.

Mungkinkah selepas ini, kita akan terus melihat potongan harga diperkenalkan oleh pesaing-pesaing lain?

Komen