Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum berkaitan aktiviti godaman GaySec terhadap laman syarikat telekomunikasi terkemuka tempatan, Maxis. Hari ini, secara rasminya, pihak Amanz telah pun mendapat kenyataan rasmi daripada pihak Maxis berkaitan dengan perkara ini.

Menurut Maxis, mereka telah pun mengetahui berkenaan insiden yang melibatkan laman Maxis, dan mereka telah mengambil berat akan perkata tersebut, dan telah mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengawal dan memperbaiki situasi tersebut. Maxis juga mengatakan, bagi sesiapa yang mempunyai pertanyaan lanjut berkaitan dengan perkara ini boleh hubungi 1800 821 123 ataupun menghantarkan emel kepada [email protected].

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd