Carian
Ubuntu 12.04 Akan Dikenali Sebagai Precise Pangolin
October 6, 2011 Aman

Dengan pelancaran Ubuntu 11.10 yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kini Mark Shuttleworth, iaitu bapa kepada sistem operasi Ubuntu telah pun mengumumkan nama generasi akan datang sistem operasi tersebut, iaitu Ubuntu 12.04 Precise Pangolin, yang mana dijangka akan dilancarkan kepada umum pada 26 April 2012 kelak, dan membawakan sokongan LTS padanya.

Ubuntu 12.04 kelak akan memfokuskan kepada pembangunan dengan sokongan masa-lama, serta membawakan sebuah sistem operasi yang benar-benar menarik dan selamat. Memandangkan ianya merupakan Ubuntu versi LTS, maka ia akan disokong sehingga sekurang-kurangnya tahun 2013 kelak.

Pada masa yang sama, pembangun Ubuntu juga kini dalam proses menamatkan pembangunan Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot yang bakal dilancarkan kepada umum pada minggu hadapan.

Komen