Cari @ Amanz

Selain memperkenalkan pakej baru untuk BlackBerry pada harga serendah RM19 sebulan, kini UMobile turut sama mengemaskini tawaran pelan pascabayar mereka, dimana kini mereka menawarkan pelan pascabayar pada harga serendah RM28 sebulan, yang mana turut menawarkan pelan data dan juga SMS.

Melalui pelan baru yang dinamakan sebagai U28 itu, UMobile menawarkan sebanyak 300 SMS percuma ke sebarang talian, selain turut menawarkan penggunaan data sehingga 1GB. Selain daripada itu, pengguna yang berminat turut boleh melakukan panggilan pada kadar 18 sen diantara UMobile dan 20 sen diantara talian lain.

Selain daripada U28, UMobile turut menawarkan U58 dan juga U88 bagi pengguna yang memerlukan lebih penggunaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd