10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 6 Oktober

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 6 Oktober

Diterbitkan pada Okt 6, 2011 oleh .

Seperti minggu-minggu sebelum ini, kami di Amanz, bersama-sama dengan Google Malaysia kini membawakan carian terhangat di Google Malaysia sepanjang minggu lepas, dimana sepanjang minggu 30 September sehingga 6 Oktober, pelbagai carian menarik dilakukan memfokuskan pelbagai isu semasa.

Empire Shopping Gallery

Letupan yang berlaku di pusat membeli-belah yang terletak di Subang Jaya ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Letupan yang disebabkan oleh kebocoran gas itu berlaku pada awal pagi, dan tiada siapa yang tercedera. Buat masa ini, pusat membeli-belah tersebut ditutup untuk kerja naik-taraf.

Wawa Zainal

Salah seorang artis yang berasal dari Sabah menjadi mangsa kontroversi apabila gambar seksi beliau tersebar di internet.

Nada Cinta

Salah satu siri televisyen popular di Indonesia mula ditayangkan melalui saluran Astro, yang mana mengisahkan kisah cinta diantara seorang budak kaya dengan cikgu muzik dari keluarga berpendapatan sederhana.

Hudud

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang terus memperjuangkan pelaksanaan Hudud di Malaysia, yang mana mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

FIFA 12

Salah satu permainan bergenre akan bola sepak telah pun mencatatkan rekod jualan pada minggu pertama, dimana turut mendapat perhatian ramai pencinta permainan seluruh dunia.

Harga Emas

Rakyat Malaysia turut memberikan perhatian yang serius terhadap harga emas yang menurun pada tiga minggu kebelakangan ini, memperlihatkan kejatuhan harga sehingga RM400 untuk satu ounce.

Piala Dunia Ragbi

Salah satu kejohanan yang diadakan sekarang ini adalah Piala Dunia Ragbi yang berlangsung di New Zealand dari 9 September sehingga 23 Oktober.

Maaduu

Laman yang membolehkan para pengguna menonton video-video siri televisyen dan filem Korea ini turut mula mendapat perhatian ramai pengguna, dan merupakan salah satu carian utama di Google Malaysia sepanjang minggu lepas.

Oskic

Salah satu pertandingan pelaburan maya yang sedang berlangsung sekarang anjuran OSK Investment, yang mana membolehkan para pelajar universiti bertanding untuk memenangi hadiah bernilai RM200,000 dalam bentuk tunai.

Namewee

Para pengguna internet turut menggunakan enjin carian Google Malaysia dalam mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan pengarah kontroversi ini apabila beliau menerima galakkan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, dan dipanggil sebagai salah seorang penyokog kuat 1Malaysia.


TIPS & ULASAN