Alien Dalvik 2.0 Membawakan Sokongan Aplikasi Android Pada Platform iOS

Alien Dalvik 2.0 Membawakan Sokongan Aplikasi Android Pada Platform iOS

Diterbitkan pada Okt 7, 2011 oleh .

Salah satu aplikasi menarik yang dibangunkan oleh Myriad Group adalah Alien Dalvik, dan hari ini, aplikasi Alien Dalvik 2.0 dilancarkan, yang mana menariknya membolehkan aplikasi Android digunakan pada peranti bukan Android, termasuk pada iPad dan juga beberapa pembaca ebook digital dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui sepenuhnya bagaimanakah ia akan menyokong iOS, dan berkemungkinan besar akan memerlukan para pengguna men-jailbreak peranti mereka terlebih dahulu, sebelum dapat menggunakannya.

Selain daripada iOS, Alien Dalvik juga turut sama menyokong beberapa platform lain, dan buat masa ini, ia telah pun menyokong MeeGo, dan mungkin akan diperluaskan kepada pelbagai platform lain lagi.

Pembangunnya dijangka akan mengumumkan dan memperlihatkan demonstrasi aplikasi mereka kepada umum pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN