RTM Menyiarkan Belanjawan 2012 Melalui Web – Turut Menyokong Peranti iOS

RTM Menyiarkan Belanjawan 2012 Melalui Web – Turut Menyokong Peranti iOS

Diterbitkan pada Okt 7, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang dinantikan ramai hari ini adalah pengumuman Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri kita, Najib Razak. Menariknya, selain daripada Twitter, kini saluran televisyen utama negara, RTM telah pun menyediakan sebuah halaman khas untuk para pengguna mengikuti siaran langsung Belanjawan 2012 terus melalui web.

Ia dilihat yang mana RTM telah pun mula menguji halaman tersebut dengan menyiarkan siaran RTM1 terus melalui web. Menariknya, halaman tersebut turut sama dioptimasikan untuk para pengguna peranti iOS, dengan sebuah halaman khas disediakan untuk pengguna tersebut.

Pada masa yang sama, RTM turut sama mengintegrasikan fungsi komen Facebook, membolehkan para pengguna membincangkan perkara tersebut, sambil mengikuti perkembangan semasa belanjawan 2012 terus melalui web.

Tips daripada Alif Amzari


TIPS & ULASAN