Sony Ingin Membeli Pegangan Penuh Pada Sony Ericsson

Sony Ingin Membeli Pegangan Penuh Pada Sony Ericsson

Diterbitkan pada Okt 7, 2011 oleh .

Sony Ericsson yang kita kenal hari ini, mungkin tidak lama lagi akan hanya dikenali sebagai Sony sahaja. Menurut beberapa laporan awal hari ini, ia diperkatakan yang mana Sony kini ingin membeli saham Ericsson pada Sony Ericsson sebanyak 50% pada harga sekitar $1.3 billion ke $1.7 billion. Sekirana perkara ini adalah benar, mungkin kita akan dapat melihat penjenamaan semula syarikat tersebut.

Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan perkara ini. Sekiranya perkara ini benar, maka mungkin kita akan dapat melihat integrasi fungsi antara telefon pintar keluaran mereka, dan juga peranti dan perkhidmatan lain Sony tidak lama lagi.

Sebelum ini, walaupun Sony Ericsson memfokuskan kepada pembangunan peranti mudah-alih, Sony sendiri telah membangunkan tablet mereka, dan menjenamakannya hanya sebagai Sony. Mungkinkah tidak lama lagi, kita akan dapat melihat telefon pintar turut sama menggunakan nama yang ringkas, dan dikenali hanya sebagai Sony.


TIPS & ULASAN