Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada pengenalan peranti baru yang dikenali sebagai Galaxy Nexus daripada Samsung dan juga Google, ia kini turut kelihatan yang mana Google bakal melancarkan Android Ice Cream Sandwich pada minggu hadapan, pada acara yang sama. Ia kini kelihatan, Google telah pun dalam perancangan akhir untuk pengumuman tersebut.

Dan seperti pelancaran-pelancaran sebelum ini, Google akan menyiarkannya secara langsung melalui saluran YouTube mereka, membolehkan semua pengguna seluruh dunia mengikuti perkembagan sistem operasi terbaru daripada Google itu secara langsung.

Ice Cream Sandwich, seperti semua sedia maklum, akan mengabungkan Android versi telefon pintar dan juga tablet, dan memudahkan Google memfokuskan hanya pada satu perkara, dan membawakan pelbagai perkara menarik mengenainya.

Sama-sama kita nantikan pelancaran Ice Cream Sandwich pada minggu hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd