Cari @ Amanz

Nampaknya, selain beberapa fungsi baru yang diumumkan sebelum ini untuk profil individu Facebook, kini laman sosial terkemuka tersebut juga turut sama memperkenalkan beberapa penambahan fungsi baru pada Facebook Pages, membolehkan sesuatu jenama atau syarikat berinteraksi dengan lebih efektif bersama pengguna mereka.

Melalui laman Facebook Pages, kini ia turut sama memperlihatkan aktiviti pengguna pada sesuatu halaman, membolehkan sesiapa sahaja melihat betapa aktifnya sesuatu laman itu, dan berapa ramai pengguna yang menggunakannya pada 7 hari kebelakangan ini.

Selain daripada itu, Facebook Pages juga kini membolehkan jenama atau syarikat disebaliknya dengan mudah tag nama pengguna halaman Facebook mereka apabila mereka meninggalkan komen. Perkara ini sekaligus membolehkan sesuatu jenama itu berinteraksi dengan lebih baik dan efektif bersama pengguna mereka.

Mungkin kita juga akan dapat melihat lebih banyak fungsi baru dalam masa terdekat ini diperkenalkan pada Facebook Pages.

Tips awal daripada Nazrien

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd