Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, sebelum ini DiGi telah pun menawarkan peranti Samsung Galaxy S2 berwarna putih. Dan kini, ia kelihatan yang mana mereka telah pun memperkemaskini pelan dan pakej yang ditawarkan, dimana peranti yang bernilai RM1899 itu boleh didapati pada harga serendah RM1199 melalui pakej DiGi dengan kontrak selama 24 bulan.

Selain daripada itu, ia turut sama ditawarkan dalam pilihan kontrak selama 12 bulan, dan juga pilihan pakej samada DG Smart Plan 48 atau 68. Sama seperti peranti Galaxy S2 yang asal, ia turut sama membawakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread, kamera 8-megapixel dengan sokongan auto-fokus dan rakaman HD, serta beberapa fungsi menarik.

Pada masa yang sama, bagi mereka yang inginkan penjimatan yang lebih, anda boleh mendapatkannya dengan membeli atas-talian terus daripada DiGi, dan mendapatkan rebat RM10 selama 12 bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd