Nokia N9 Berharga Serendah RM1199 Melalui DiGi, RM968 Melalui Celcom

Nokia N9 Berharga Serendah RM1199 Melalui DiGi, RM968 Melalui Celcom

Diterbitkan pada Okt 7, 2011 oleh .

Sepertimana yang dinantikan semua, akhirnya hari ini Nokia N9 telah pun dimulakan jualannya diseluruh Malaysia, dan menariknya kedua-dua gergasi telekomunikasi tempatan, iaitu Celcom dan juga DiGI turut sama telah mula menawarkan peranti tersebut melalui pakej mereka masing-masing.

Melalui DiGi, Nokia N9 ditawarkan melalui pakej DG Smart Plan yang mana membolehkan para pengguna mendapatkan peranti Nokia N9 16GB yang berharga RM1799 pada harga serendah RM1199 dengan komitmen bulanan sebanyak RM68 sebulan selama 24 bulan. DG turut menawarkan beberapa pilihan tambahan, serta turut menawarkan rebet untuk pembelian atas-talian.

Celcom pula menawarkan peranti Nokia N9 melalui pakej Celcom Exec mereka, dimana para pengguna boleh mendapatkan peranti tersebut pada harga RM968 dengan komitmen bulanan sebanyak RM250 sebulan selama 18 bulan. Beberapa pilihan lain turut sama diperkenalkan kepada beberapa pengguna melalui pakej dan tempoh kontrak yang berbeza.

Selain daripada tawaran melalui syarikat telekomunikasi, Nokia N9 turut sama boleh didapati melalui Nokia Store dan pengedar rasmi Nokia seluruh negara pada harga RM1799 untuk 16GB dan RM2088 untuk 64GB.

Tips awal daripada Nik


TIPS & ULASAN