Rangkaian P1 Di Bahagian Selatan Menghadapi Masalah

Rangkaian P1 Di Bahagian Selatan Menghadapi Masalah

Diterbitkan pada Okt 7, 2011 oleh .

Nampaknya, hari ini rangkaian P1 di sekitar bahagian Selatan Semenangjun Malaysia menghadapi masalah, dan perkara ini telah disahkan sendiri oleh pihak P1. Ia diperkatakan yang mana mereka sedang dalam proses memperbaiki rangkaian mereka, dan mengemaskini pelbagai status semasa melalui akaun Twitter dan Facebook mereka.

Buat masa ini, sebab utama disebabkan gangguan ini masih lagi tidak diketahui, dan tidak diumumkan oleh pihak P1, dan bilakah ia akan selesai dibaiki turut tidak diumumkan. Mungkin ia akan dibaiki dan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, boleh hubungi pihak P1 terus melalui Twitter atau Facebook rasmi mereka.

Tips awal daripada Omar

Dear All Southern Customers, We are sorry as there is temporary service interruption. Affected users may exper… (cont) http://t.co/r4gyxKtx
Oct 07 via TweetDeckFavoriteRetweetReply


TIPS & ULASAN