Seperti sedia maklum, Mozilla membangunkan tiga versi Firefox pada sesuatu masa, dan kini ia kelihatan yang mana Firefox 10 telah pun memasuki fasa Nightly secara rasminya, membolehkan pengguna pelbagai platform, termasuk Windows, Linux dan juga Mac memuat-turun dan mengujinya terlebih dahulu pada komputer mereka sebelum ia dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.
Firefox 10 dijangka akan dilancarkan kepada umum pada 31 Januari kelak, dan semestinya akan membawakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya. Salah satu fungsi baru yang bakal diperkenalkan bersama-sama Firefox 10 versi akhir kelak adalah sokongan kemaskini automatik seumpama Chrome padanya.
Bagi mereka yang berminat untuk menguji versi pembangunan Firefox Nightly ini, anda boleh memuat-turun Firefox 10 Nightly, dan mula menggunakannya hari ini.