Cari @ Amanz

Nexus Prime Dan Android Ice Cream Sandwich Mula Diperlihatkan

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pelancaran Android Ice Cream yang semakin dekat, bersama-sama dengan peranti Samsug Galaxy Nexus yang diperkatakan sebagai Nexus Prime sebelum ini, beberapa informasi dan paparan antaramukanya mula kelihatan, dimana sebuah video khas telah mula kelihatan di arena internet memperlihatkan peranti tersebut bersama-sama dengan antaramuka Ice Cream Sandwich.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan yang mana Galaxy Nexus atau Nexus Prime ini bakal membawakan beberapa spesifikasi menarik bersama-sama dengannya, menjadikannya peranti pertama menggunakan Ice Cream Sandwich. Buat masa ini, tarikh pelancaran dan harga jualannya masih tidak diketahui lagi.

Google dan Samsung dijangka akan mengumumkan Nexus Prime ini pada minggu hadapan, 12 Oktober, dan kami di Amanz akan membawakan kemaskini langsung pada acara tersebut.

Gambar daripada Mobilissimo dan Digital Life.


Komen ()