Google Dan Samsung Menangguhkan Pelancaran Nexus Prime

Google Dan Samsung Menangguhkan Pelancaran Nexus Prime

Diterbitkan pada Okt 7, 2011 oleh .

Nampaknya mungkin ramai akan kecewa sekarang, apabila kini Samsung dan Google telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan pelancaran peranti dan produk baru mereka pada minggu hadapan. Sebab penangguhan masih tidak diketahui buat masa ini, dan tarikh pelancaran baru dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Peranti baru yang dijangka akan dilancarkan adalah Galaxy Nexus ataupun yang mana turut dikenali sebagai Nexus Prime. Seperti sedia maklum, ia merupakan peranti pertama menggunakan Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich.

Awal sebelum ini, beberapa antaramuka Ice Cream Sandwich dan juga video peranti tersebut telah kelihatan. Berkemungkinan kita akan dapat melihat pelancaran dalam masa beberapa minggu ini.


TIPS & ULASAN