Cari @ Amanz

Setelah menguji fungsi terjemaahan pada komen Facebook sebelum ini, kini ia dilihat yang mana Facebook telah pun mula memperkenalkan fungsi tersebut kepada semua secara berperingkat bermula daripada hari ini, dan akan dapat dilihat oleh semua tidak lama lagi.

Menariknya mengenai teknologi disebalik sokongan terjemaahan pada Facebook adalah dimana ia menggunakan fungsi Bing Translate, sekaligus memperlihatkan lebih banyak teknologi Microsoft diintegrasikan pada laman sosial terkemuka itu.

Secara ringkasnya, fungsi terjemaahan ini akan menjana terjemaahan automatik, dimana para pengguna kemudiannya boleh mengubah serta menyumbang kepadanya dengan menambah terjemaahan yang lebih tepat lagi.

Buat masa ini, fungsi terjemaahan ini hanya diperkenalkan pada Facebook Pages sahaja, dan boleh dikawal oleh para pentadbir halaman Facebook Pages melalui halaman tetapannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd