Salah satu aplikasi permesejan yang menarik selain daripada Whats App adalah Kik, yang mana turut menawarkan sokongan pelbagai platform. Namun begitu, sebelum ini, aplikasi tersebut telah dihalang oleh pihak BlackBerry. Menariknya, kini pihak pembangunnya telah memperkenalkan alternatif, dengan membolehkan para pengguna BlackBerry boleh menggunakannya dengan mudah.
Kik secara ringkasnya, membawakan sokongan permesejan lebih kurang sama dengan BBM milik pihak RIM sendiri. Sehingga kini, sebab utama aplikasi ini dihalang masih tidak diketahui, memandangkan aplikasi seumpamanya, iaitu Whats App masih lagi boleh didapati melalui BlackBerry App World.
Bagi para pengguna BlackBerry yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Kik ini dalam bentuk J2ME yang disediakan sendiri oleh pihak Kik, dan mula menggunakannya dan bersembang bersama rakan-rakan mereka pada platform lain. Ia masih tidak diketahui samada adakah Kik akan diperkenalkan pada BlackBerry App World ataupun tidak.