MFace.ME Membawakan Platform Blog Seumpama Tumblr

MFace.ME Membawakan Platform Blog Seumpama Tumblr

Diterbitkan pada Okt 7, 2011 oleh .

Nampaknya dunia blog dan web tempatan akan terus meriah, dimana selain daripada perkhidmatan blog-mikro seperti Twitter, Google+, dan sebagainya serta perkhidmatan blog biasa seperti Blogspot dan WordPress, kini sebuah laman dan perkhidmatan baru muncul, dinamakan sebagai MFace.

Secara ringkasnya, ia dilihat yang mana MFace menyediakan perkhidmatan blog ringkas, seumpama Tumblr. Melaluinya, para pengguna boleh mengemaskini dengan gambar, video, dan juga teks dengan mudah dan senang, serta mengikuti rakan-rakan anda melaluinya.

Para pengguna yang mendaftarkan diri padanya juga akan mendapat sebuah subdomain khas, yang mana mereka boleh mempromosikannya dan pada masa yang sama berkongsi kandungan melalui halaman masing-masing.

Buat masa ini, info mengenai laman tersebut masih lagi samar-samar, dan kelihatan seperti ianya merupakan salah satu projek yang disokong oleh AC Mizal. Melalui kemaskini pada blog beliau, AC Mizal sendiri mengesahkan perkara ini dengan menulis sebuah artikel mengatakan yang mana AC Living Large, MBI Holdings, dan mFace adalah dibawah satu keluarga yang sama. Halaman mengenai syarikat tersebut dan terma dilihat tidak dapat diakses buat masa ini.

Tips awal daripada @RotiKaya

Joint me at www.datoacmizal.mface.me
Oct 05 via webFavoriteRetweetReply


TIPS & ULASAN