Carian
Celcom Menawarkan BlackBerry Curve 9360 Pada Harga RM588
October 7, 2011 Aman

Setelah DiGi menjadi yang pertama menawarkan BlackBerry Curve 9360 di Malaysia, kini Celcom turut sama mula menawarkan peranti dengan BlackBerry OS 7 itu pada harga serendah RM588 bersama-sama dengan pilihan pakej daripada Celcom Exec ataupun Celcom Biz.

BlackBerry Curve 9360 membawa harga jualan di Malaysia pada cuma RM1218, dan kini dengan dua penyedia telekomunikasi utama negara menawarkannya, semestinya ia akan menawarkan harga yang amat kompetitif.

DiGi sebelum ini telah pun mula menawarkan peranti tersebut pada harga RM599 dengan komitmen selama 24 bulan pada langganan pakej DG Smart Plan 68, berharga RM68 sebulan. Berbeza bagi Celcom, ia menawarkan peranti yang sama pada harga RM588 dengan komitmen bulanan sebanyak RM188 selama 12 bulan dibawah pakej Celcom Biz.

Mungkinkah selepas ini kita akan dapat melihat Maxis turut sama menawarkan peranti daripada BlackBerry ini?

Komen