Pengambil-Alihan Skype Oleh Microsoft Diperkenankan Oleh EU

Pengambil-Alihan Skype Oleh Microsoft Diperkenankan Oleh EU

Diterbitkan pada Okt 8, 2011 oleh .

Kini, secara rasminya, Surhanjaya Eropah telah pun mengesahkan dan perkenan akan pengambil-alihan Skype oleh Microsoft, sekaligus menjadikan Skype kini secara rasminya milik Microsoft. Sebelum ini, Microsoft telah pun mengambil-alih Skype pada harga $8.5 billion pada bulan Jun 2011.

Dengan perkenan daripada EU, kini mungkin kita akan dapat melihat integrasi Skype pada produk-produk Microsoft akan diperkenalkan satu demi satu, selain aplikasi Skype untuk Windows Phone dengan integrasi secara menyeluruh bakal diperkenalkan.

Microsoft juga dijangka akan mengintegrasikannya bersama-sama perkhidmatan Windows Live mereka, serta membolehkan para pengguna Office untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan kerja yang lain melalui fungsi panggilan video, serta mungkin Skype akan memainkan peranan yang penting padanya.


TIPS & ULASAN