Kini, Anda Boleh Mengawal Notifikasi Pada Google+

Kini, Anda Boleh Mengawal Notifikasi Pada Google+

Diterbitkan pada Okt 8, 2011 oleh .

Pening dengan pelbagai notifikasi pada Google+? Kini menariknya Google telah pun memperkenalkan salah satu fungsi menarik pada laman sosial mereka itu, dimana kini anda boleh mengawal siapakah yang boleh menghantar notifikasi pada anda, sekaligus membawa laman sosial tersebut selangkah kehadapan lagi berbanding yang lain.

Melalui fungsi baru yang diperkenalkan itu, para pengguna boleh mengawal notifikasi anda, sekiranya seseorang itu berkongsi dengan anda, menambah nama anda melalui +Mention, menjemput anda menyertai permainan, menghantar mesej ataupun menjemput anda menyertai Google+ Hangout.

Walaubagaimanapun, anda masih tidak boleh mengawal notifikasi sekiranya seseorang itu menambah anda ataupun meninggalkan komen pada kemaskini anda di Googel+.

Fungsi baru ini boleh diubah melalui halaman tetapan di Google+, dan ia dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN