Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, salah satu fungsi baru pada Windows Phone 7.5 Mango yang dilancarkan oleh Microsoft baru- baru ini adalah integrasi sokongan sosial, terutamanya sokongan Windows Live dan juga Facebook padanya, menjadikan pengurusan rakan-rakan anda lebih senang, sekaligus memudahkan mereka dihubungi.

Melalui video yang amat ringkas ini, Microsoft memperlihatkan beberapa fungsi baru yang dibawakan oleh Windows Phone Mango. Untuk makluman semua, Microsoft telah pun mula memperkenalkan kemaskini Mango kepada semua pengguna, dan ianya sedang diperkenalkan secara berperingkat.

Peranti Windows Phone Mango juga dijangka akan tiba di Malaysia seawal minggu hadapan, dimana ia diperkatakan HTC akan menawarkan HTC Radar kepada pengguna tempatan, dan dijangka akan dijual pada harga sekitar RM1,399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd