Kerosakkan Kabel AAG Akan Mula Dibaiki 2 Minggu Lagi – Pada 23 Oktober

Kerosakkan Kabel AAG Akan Mula Dibaiki 2 Minggu Lagi – Pada 23 Oktober

Diterbitkan pada Okt 8, 2011 oleh .

Lanjutan daripada kerosakkan kabel AAG yang diumumkan oleh pihak Telekom Malaysia tempoh hari, kini TM telah pun mengambil langkah seterusnya dimana mereka dalam perancangan untuk memperbaikinya, yang mana disasarkan akan dimulakan pada 23 Oktober kelak, dan tamat dibaiki sepenuhnya pada 29 Oktober.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, ia didapati kabel AAG yang menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat, Asia Utara dan juga Eropah menghadapi sedikit kerosakkan, membuatkan pelayaran web yang dihoskan pada pelayan yang terletak disana sedikit lambat.

Menurut pihak TM, beberapa langkah yang sepatutnya telah pun diambil dalam menguruskan trafik pelayaran internet ke negara dan benua yang terlibat, namun mungkin masih terdapat sedikit kelambatan padanya.

Cable faults on AAG will b repaired by consortium mbrs frm 23-29Oct. Cust may exp svc degradn when accessg cntnt hosted in US,North Asia&EU.
Oct 07 via webFavoriteRetweetReply


TIPS & ULASAN