Sony Pictures Dalam Perbincangan Akhir Untuk Mendapatkan Hak Filem Steve Jobs

Sony Pictures Dalam Perbincangan Akhir Untuk Mendapatkan Hak Filem Steve Jobs

Diterbitkan pada Okt 8, 2011 oleh .

Nampaknya mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat filem Steve Jobs dipawagam, apabila kini ia dilaporkan yang mana Sony Pictures dalam perbincangan akhir untuk mendapatkan hak untuk menerbitkan filem mengenai tokoh teknologi terkemuka itu. Sebelum ini, pada 6 Oktober yang lepas, Steve Jobs telah meninggal dunia yang menjadi salah satu berita utama seluruh dunia.

Sony Pictures diperkatakan sedang dalam perbincangan antara $1 juta ke $3 juta. Mungkin sekiranya Sony Pictures mendapat hak tersebut, maka mereka akan mulakan proses pembangunan skrip serta mula merakamkannya, sebelum kita dapat melihat kisah hidup Steve Jobs ditayangkan dipawagam seluruh dunia dalam masa beberapa tahun lagi.

Sebelum ini, Sony Pictures turut sama telah mengeluarkan kisah berkenaan dengan Facebook melalui filem The Social Network, selain sebahagian daripada kisah Steve Jobs yang pernah dipertontonkan sebelum ini melalui filem Pirates of Silicon Valley.


TIPS & ULASAN