HTC Radar Dan HTC Sensation XE Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

HTC Radar Dan HTC Sensation XE Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 8, 2011 oleh .

Menariknya, kini ia dilaporkan yang mana peranti pertama dengan Windows Phone Mango, iaitu HTC Radar, dan juga peranti HTC dengan sokongan audio Beats – HTC Sensation XE bakal memasuki arena Malaysia bermula dari minggu hadapan, pada harga yang amat menarik sekali.

Melalui salah seorang pengedar peranti HTC di Malaysia, ia dilaporkan yang mana HTC Sensation XE bakal dijual pada harga RM1999 di Malaysia, dan juga HTC Radar pula pada harga cuma RM1399. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui samada adakah syarikat telekomunikasi tempatan akan menawarkannya ataupun tidak.

Pada bulan yang lepas, HTC telah pun memperkenalkan HTC Radar bersama-sama dengan Windows Phone Mango, membawakan cip pemprosesan 1GHz, RAM 512MB, skrin sentuh SuperLCD seluas 3.8-inci, kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan rakaman video HD, kamera hadapan VGA, dan banyak lagi. Ia akan membawakan harga jualan tempatan sebanyak RM1399 di Malaysia.

Selain HTC Radar, Sensation XE pula membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, 768MB RAM, skrin sentuh Super LCD seluas 4.3-inci, kamera belakang 8-megapixel, serta turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan audio daripada Beats, dan berharga RM1999 di Malaysia.


TIPS & ULASAN