Seperti sedia maklum, salah satu industri yang diberikan perhatian serius oleh pihak MSC adalah industri multimedia dan juga kreatif. Menariknya, kini selain daripada beberapa nama besar seperti Animonsta dan juga Les Copaque, salah satu syarikat yang pernah memenangi MSC Apicta, iaitu ChainFX muncul dengan filem berasaskan VFX yang dipanggil sebagai Vektor 58.
Secara ringkasnya, Vektor 58 ini mengisahkan mengenai seorang gadis muda yang berkawan rapat dengan sebuah robot (makhluk asing) yang dnamakan aRif, yang mana hilang ingatan ketika tiba di bumi.
Menariknya adalah, kualiti efek yang dihasilkan melalui sebuah video teaser yang dimuat-naik oleh ChainFX baru-baru ini memperlihatkan hasil VFX yang amat tinggi, setaraf filem-filem lain antarabangsa.
Buat masa ini ia masih lagi tidak diketahui bilakah drama ini akan ditayangkan, namun dengan efek yang menarik ini, mungkin ia akan menjadi salah satu drama yang dinantikan ramai pengguna tempatan. Dan lebih menarik lagi, mungkin kita akan dapat melihat industri VFX dan animasi di Malaysia terus maju dalam tahun-tahun akan datang.