Cari @ Amanz

TechTroll Beberapa hari selepas kematian salah seorang pengasasnya, Apple hari ini mengumumkan akan menutup operasi pengeluaran peranti mereka di China. Syarikat FOXCONN yang sebelum ini diberi tanggung jawab membina peranti seperti iPhone dan iPad akan ditamatkan kontrak pengilangan mereka selepas kumpulan pertama iPhone 4S dikeluarkan. Pengumuman mengejut ini dilakukan oleh CEO mereka Tim Cook di dalam sebuah sidang media tergempar tengahari tadi. Pada masa yang sama proses pengeluaran peranti-peranti Apple akan dipindahkan ke Perlis Indera Kayangan. Pemindahan pusat pengilangan peranti ini dipercayai dilakukan atas beberapa sebab. Tim Cook apabila disoal pihak Amanz.my melalui Facetime berkata;

“Sebenarnya pihak Apple sudah lama bercadang memindahkan pusat pengeluaran peranti ke luar China. Pihak kami, terutamamya mendiang Steve dituduh sebagai tuan punya hamba alaf baru kerana pekerja Foxconn banyak membunuh diri akibat terpaksa bekerja seperti hamba sahaya. Sebelum meninggal mendiang ada berpesan kepada saya supaya melakukan yang sepatutnya bagi membersihkan imej Apple dan juga beliau”

Pemindahan pusat pengilangan ini mengejutkan dunia teknologi kerana ianya bakal memberi impak yang besar kepada keuntungan syarikat teknologi gergasi ini. Apabila disoal tentang hal ini dan mengapa Perlis dipilih Tim Cook menjawab;

“Ya saya akui impak pemindahan ini bakal mengakibatkan mengurangkan keuntungan syarikat untuk dua suku pertama 2012. Pada pendapat saya Apple sudah cukup kaya dan kami mampu meresap kerugian ini kerana hasil jualan  iPhone5 yang dikilangkan di Perlis boleh mengembalikan keuntungan untuk 4 suku seterusnya.Perlis dipilih kerana mempunyai jumlah tenaga kerja yang banyak. Tambahan lagi kerjasama yang diberikan kerajaan negeri cukup memberangsangkan. Mereka memerlukan industri kami pula memerlukan tenaga kerja. Paling utama sekali pekerja di Perlis 95% beragama Islam dan kemungkinan mereka untuk membunuh diri jika tidak tahan dengan kerja adalah sangat rendah kerana dalam Islam membunuh diri itu berdosa. Di China mereka atheist dan kerana itulah mereka tiada masalah membunuh diri secara pukal. Pemindahan kilang ke Perlis ialah situasi win-win bagi Apple”

Sementara itu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika diminta memberikan komen berkata;

“Saya berterima kasih kepada pihak Apple kerana memilih negeri Perlis Indera Kayangan menjadi pusat pembuatan peranti mereka. Saya berharap selepas ini Perlis tidak akan hanya dikenali sebagai negeri Mangga Harumanis, Taman Ular dan Shahidan Kassim sahaja. Produk hebat Apple selepas ini akan turun dari indera kayangan ke seluruh dunia!”

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd