Setelah sekian lama tidak kedengaran berita daripada pembangun pelayar web, Opera Software, kini ia kelihatan yang mana mereka telah pun melepaskan versi pembangunan pelayar web generasi baru mereka dengan kemaskini enjin Presto mereka kepada versi 2.9.22 yang membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun versi percubaannya melalui Opera Next dan mengujinya hari ini.
Melaluinya juga, Opera Software memperkenalkan fungsi baru dipanggil sebagai Ragnarok, yang mana membawakan sokongan algoritma HTML5 yang baru, membolehkan HTML5 disokong pada pelbagai pelayar web dengan mudah. Selain daripada itu, kemaskini Presto ini juga membawakan penambah-baikkan pada sokongan CSS3 dengan membawakan beberapa penambahan gradient padanya.
Dengan penambahan ini, ianya kelak akan membawakan sebuah pelayar web baru daripada Opera yang lebih menarik dan membawakan laman web dengan lebih cantik melalui pelayar web akan datang Opera. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Opera 12 akan diperkenalkan kepada semua pengguna.