Cari @ Amanz

Salah satu perkhidmatan emel yang penuh kontroversi adalah MyEmail yang dilancarkan baru-baru ini. Seperti sedia maklum, mereka telah mengadakan pameran perkhidmatan mereka dalam usaha menarik pengguna dibeberapa lokasi, dan kini dilaporkan yang mana MyEmail mempunyai lebih kurang 3,000 orang pengguna berdaftar bersama mereka.

Dan hampir separuh daripadanya diperkatakan telah pun mengesahkan identiti mereka melalui penggunaan biometrik. Bercakap mengenai sasaran MyEmail, mereka memperkatakan yang mana mereka mensasarkan untuk mencapai lebih kurang 2 juta pengguna berdaftar menjelang tahun hadapan, dan dalam usaha menjayakannya, MyEmail dalam perbincangan bersama-sama dengan PDRM, DBKL, JPJ dan juga KWSP dalam menggunakan perkhidmatan mereka itu.

Untuk makluman semua, MyEmail menggunakan perkhidmatan Windows Live, yang mana turut menawarkan pelbagai perkara tambahan, termasuk sokongan storan atas talian sehingga 25GB secara percuma melalui SkyDrive, dan juga turut menambah beberapa perkara tambahan, dan promosi khas untuk para pengguna mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd