Selain daripada carian terhangat di Google Malaysia, kini beberapa data mengenai carian terhangat dari enjin carian Yahoo! Malaysia turut didapati (daripada PC.com) yang mana memperlihatkan carian popular yang dilakukan oleh para pengguna enjin carian dan portal Yahoo! sepanjang minggu lepas.
Steve Jobs
Seperti sedia maklum, dunia teknologi sepanjang minggu lepas memfokuskan kepada Steve Jobs yang meninggal dunia pada usia 56 tahun. Pelbagai inovasi dan idea baru yang diperkenalkan beliau telah merevolusikan dunia animasi, dan juga industri mudah-alih seluruh dunia.
Belanjawan 2012
Pada 7 Oktober yang lepas, Najib Razak telah pun membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, yang mana memfokuskan kepada pelbagai perkara. Namun ia dilihat tidak begitu mesra sektor teknologi dan perkomputeran seperti tahun-tahun yang lepas.
iPhone 4S
Sehari sebelum kematian Steve Jobs, CEO baru Apple, iaitu Tim Cook telah pun memperkenalkan iPhone 4S. Namun ia boleh dikatakan yang mana pengenalan iPhone 4S tidak begitu menarik minat para peminat Apple. Walaubagaimanapun, teknologi Siri yang diperkenalkan bersama-sama dengannya tampak menarik sekali.
Noraniza Idris
Salah seorang selebriti tempatan, Noraniza Idris telah pun mengikat tali perkahwinan buat kali ketiga bersama-sama dengan Jeffri Hudi di Johor Bahru.
Datuk Adzhar Sulaiman
Salah seorang ahli perniagaan, Adzhar Sulaiman, bersama dua orang anaknya dijatuhkan hukuman penjara dan denda disebabkan salah guna wang dan mengambil deposit tanpa sah.