Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia kenali akan Fleapy yang membolehkan anda mengetahui tiket penerbangan AirAsia pada kadar yang murah. Menariknya, bagi mereka yang gemar menggunakan jalan darat, anda mungkin akan gemari akan Roadhop yang mana menawarkan pelbagai data menarik termasuk harga tiket untuk perjalanan melalui bas dan keretapi di Malaysia.

Selain Malaysia, Roadhop juga turut sama menyokong beberapa negara lain, termasuk Singapura dan juga Thailand buat masa ini. Melaluinya, ia memudahkan anda menguruskan perjalanan anda, dimana anda boleh ketahui berapakah kos yang terlibat dalam perjalanan dari satu lokasi ke lokasi yang lain, selain pada masa yang sama anda boleh ketahui pelbagai perhentian yang akan dilalui dengan mudah dan senang. Pada masa yang sama, para pengguna juga turut sama boleh ketahui masa perjalanan dengan mudah melaluinya.

Buat masa ini, Roadhop masih lagi pada peringkat beta. Namun begitu, mereka yang berminat boleh mengujinya, dan menggunakannya dalam merancang perjalanan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd