Sony Ericsson Malaysia Melancarkan Xperia Active Dan Xperia Arc S

Sony Ericsson Malaysia Melancarkan Xperia Active Dan Xperia Arc S

Diterbitkan pada Okt 10, 2011 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, Sony Ericsson Malaysia hari ini telah pun melancarkan Xperia Active, iaitu peranti yang dikhaskan kepada mereka dengan gaya hidup aktif, dan gemar bersukan dan menjalani pelbagai aktiviti harian di luar. Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui, dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Melalui Xperia Active, ia membawakan skrin sentuh seluas 3-inci dengan resolusi sebesar 320×480 pixel, kamera 5-megapixel, sokongan Bravia Mobile dan juga menggunakan Android 2.3 Gingerbread. Pada masa yang sama, sebagai ciri-ciri tambahan, Xperia Active turut sama membawakan badan yang tahan lasak, dan juga kalis air.

Bersama-sama dengan pelancaran Xperia Active, Sony Ericsson Malaysia sekali lagi turut mengumumkan mengenai Xperia Arc S. Beberapa kedai telah pun mula mengambil pra-tempahan, dan harganya dijangka akan diumumkan secara rasminya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN