Cari @ Amanz

Seperti kami pernah laporkan sebelum ini, kini ia dilihat yang mana fungsi terjemahan pada Facebook telah pun boleh digunakan oleh kebanyakkan pengguna, dan menariknya, bukan sahaja sekadar komen, tetapi kebanyakkan kemaskini status boleh diterjemahkan dengan mudah melalui integrasi Bing Translate yang diperkenalkan padanya.

Namun begitu, buat masa ini, ia kelihatan yang mana fungsi terjemahan pada Facebook masih lagi tidak matang sepenuhnya, dan terjemahan yang diperlihatkan daripada Bahasa Malaysia kepada Inggeris mempunyai pelbagai kesalahan. Walaubagaimanapun, berkemungkinan perkara ini dapat diatasi apabila lebih ramai yang menyumbang kepada membetulkan terjemaahan padanya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd