Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, kini pihak Sony Ericsson Malaysia telah pun mengeluarkan harga rasmi untuk kedua-dua peranti yang dinantikan ramai, iaitu Xperia Active dan juga Xperia Arc S, dimana masing-masing berharga RM1159 dan juga RM1899.

Melalui Xperia Active, ia lebih difokuskan kepada para pengguna yang aktif dan memerlukan telefon pintar yang tahan lasak. Xperia Active merupakan salah satu peranti yang kalis air dan juga habuk, didatangkan bersama-sama dengan kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman HD, skrin seluas 3-inci dengan enjin BRAVIA, serta menggunakan Android 2.3 Gingerbread. Ia diperkatakan yang mana peranti ini dapat bertahan sehingga 30 minit dibawah paras air 1 meter.

Xperia Active berharga RM1159 dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Sony Ericsson seluruh negara, sera didatangkan dengan LiveView & aplikasi SportyPal bernilai RM288 secara percuma.

Bagi kemaskini keluarga Arc pula, Xperia Arc S diperkenalkan pada harga RM1899, membawakan cip pemprosesan 1.4Ghz, kamera 8.1 megapixel dengan sokongan Exmor R, skrin sentuh seluas 4.2-inci dengan enjin BRAVIA. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan beberapa aksesori tambahan bernilai RM429 (untuk pembeli terawal sahaja).

Kedua-dua peranti ini boleh didapati daripada pengedar rasmi Sony Ericsson Malaysia bermula daripada hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd