RIM Bakal Memperkenalkan BlackBerry Tag Untuk Mempromosikan Penggunaan NFC

RIM Bakal Memperkenalkan BlackBerry Tag Untuk Mempromosikan Penggunaan NFC

Diterbitkan pada Okt 10, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada Nokia, kini BlackBerry turut sama memfokuskan pada teknologi NFC, dimana hari ini, Research In Motion secara rasminya memperkenalkan cara baru untuk peranti BlackBerry berhubung antara satu sama lain, dan berkongsi pelbagai perkara melaluinya dengan menggunakan BlackBerry Tag.

BlackBerry Tag dijangka akan diperkenalkan melalui kemaskini BlackBerry 7 OS tidak lama lagi, yang mana melaluinya, ia kelak akan membolehkan para pengguna untuk berkongsi pelbagai perkara dengan hanya menyentuh peranti BlackBerry mereka antara satu sama lain. Dengan menggunakan BlackBerry Tag, ia kelak akan membolehkan para pengguna berkongsi senarai hubungan, dokumen, pautan web, gambar dan banyak lagi dengan mudah.

Pengguna BlackBerry juga kelak akan boleh menambah rakan BBM mereka dengan mudah menggunakan teknologi NFC, berbeza dengan menggunakan kod QR sebelum ini.

BlackBerry Tag ini bakal diperkenalkan pada semua peranti BlackBerry OS 7 dengan sokongan NFC, iaitu BlackBerry Bold 9900 dan juga BlackBerry Curve 9360, serta pelbagai peranti baru BlackBerry yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN