Cari @ Amanz

HTC Sensation XE Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1999

Oleh Aman

Link Copied!

Sepertimana yang dinantikan, kini HTC Malaysia telah pun mengumumkan pelancaran dan jualan peranti dengan teknologi audio Beats mereka yang pertama, iaitu HTC Sensation XE. Ia telah pun boleh didapati daripada pengedar rasmi HTC pada harga jualan RM1999. Buat masa ini, tiada sebarang syarikat telekomunikasi yang menawarkannya melalui pakej mereka.

Melalui HTC Sensation XE, ia membawakan cip pemprosesan 1.5GHz, memori sebanyak 768MB RAM, skrin seluas 4.3-inci Super LCD, kamer belakang 8-megapixel, dan menggunakan Android Gingerbread sebagai sistem operasi utamanya.

Selain daripada HTC Sensation XE, HTC Malaysia juga turut sama dijangka akan memperkenalkan peranti Windows Phone Mango pertama mereka di Malaysia pada minggu ini.


Komen ()