HTC Rhyme Bakal Dijual Di Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini

HTC Rhyme Bakal Dijual Di Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Okt 10, 2011 oleh .

Selain daripada mula akan jualan HTC Sensation XE di Malaysia, HTC Malaysia juga turut sama dilihat telah mengeluarkan harga jualan untuk peranti baru mereka, HTC Rhyme, yang mana bakal mula dijual di Malaysia bermula penghujung bulan ini. HTC Rhyme dijangka akan dijual pada harga RM1699 di pasaran Malaysia.

Seperti sedia maklum, HTC Rhyme membawakan skrin sentuh seluas 3.7-inci, cip pemprosesan 1GHz, memori 768MB RAM, kamera 8-megapixel dan menggunakan Android 2.3 Gingerbread serta didatangkan bersama-sama dengan HTC Sense 3.5.

Pada harga tersebut juga, HTC Rhyme akan membawakan bersama HTC Rhyme Docking Station, HTC Rhyme Charm, dan juga HTC Rhyme Tangle Free Headphones. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui samada adakah syarikat telekomunikasi tempatan akan menawarkannya ataupun tidak.


TIPS & ULASAN