Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia kenali akan Jabatan Perangkaan Malaysia yang sering membuat bancian dan statistik penduduk tempatan. Menariknya, kini ia dilihat, melalui halaman rasmi mereka, sebuah aplikasi ringkas turut disediakan untuk membolehkan para pengguna membuat jangkaan hayat mereka dengan mudah. Kami tidak ketahui sejak bilakah aplikasi ini aktif, tetapi ianya sesuatu yang menarik sekali.

Melalui laman tersebut, ia meminta para pengguna untuk memasukkan tarikh lahir, memilih etnik, dan jantina. Kemudian seterusnya melalui data yang terdapat pada pengkalan data mereka, jangka hayat seseorang itu diperlihatkan.

Walaupun ianya mungkin sesuatu yang tidak tepat, namun ia merupakan salah satu usaha menarik dalam menjadikan laman rasmi kerajaan lebih menarik dan interaktif berbanding kebiasaannya.

Kredit kepada Paeh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd