Selain daripada acara Samsung yang ditangguhkan sebelum ini, kini nampaknya Motorola bersama-sama dengan Verizon dalam perancangan untuk mengadakan sebuah acara khas pada 18 Oktober kelak, dimana melaluinya ia dijangka beberapa peranti baru daripada Motorola bakal dilancarkan dan diumumkan pada acara tersebut.
Buat masa ini, apakah yang bakal diumumkan masih lagi menjadi tanda tanya. Sebelum ini, beberapa gambar peranti baru yang tersebar, diperkatakan adalah Motorola Xoom 2, Droid HD, dan juga turut sama diperkatakan sebagai Atrix 2. Namun ia tidak dapat disahkan apakah yang bakal dilancarkan.
Melalui video promosi yang diperlihatkan, ia diperkatakan ramai yang mana Motorola mungkin akan melancarkan sehingga 4 peranti pada tarikh tersebut kelak. Sama-sama kita nantikannya.