Cari @ Amanz

Setelah ditangguhkan sekian lama, akhirnya, kini kelihatan RakanSukan versi Beta telah pun boleh diuji oleh semua pengguna. Pada masa yang sama, pembangunnya, melalui laman tersebut turut memperkatakan yang mana versi penuh laman RakanSukan bakal dilancarkan sekitar penghujung tahun ini, ataupun pada awal tahun hadapan.

Secara ringkasnya, RakanSukan adalah laman sosial yang memfokuskan kepada para peminat sukan dimana melaluinya mereka bikan sahaja boleh mengenali rakan-rakan mereka yang mempunyai minat yang sama, tetapi turut sama mengetahui mengenai acara-acara yang bakal diadakan, serta fasiliti dan akademi berdekatan yang boleh disertai oleh mereka.

Berbeza dengan beberapa laman sosial yang menarik data daripada Facebook melalui Facebook Connect, laman RakanSukan dilihat menarik data gambar kita daripada Gravatar berdasarkan kepda alamat emel. Pada masa yang sama, anda juga boleh memuat-naik gambar sendiri dan mengubahnya disana.

RakanSukan juga turut sama menyediakan halaman profil yang tersendiri dengan menggunakan URL yang berdasarkan pada nama pengguna. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri pada laman RakanSukan dan mula menggunakannya sekarang.

Tips awal daripada @od3n

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd