Cari @ Amanz

Zynga Melancarkan Permainan Mafia Wars 2 Di Facebook

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah dinantikan sekian lama, hari ini Zynga telah pun memperkenalkan kemaskini kepada permainan popular mereka, dimana para pemain yang berminat dengan Mafia Wars, sudah pun boleh memainkan permainan Mafia Wars 2 pada Facebook yang mana membawakan pelbagai perubahan, termasuk dari segi kepermainannya sendiri.

Jikalau melalui versi pertama, ia lebih kepada permainan berasaskan teks sahaja, melalui Mafia Wars 2, ia membawakan pelbagai perubahan drastik, dimana bentuk permainannya menyerupai lebih kurang CityVille, dimana para pengguna boleh membangunkan kawasan mereka sendiri, dan memperluaskannya dari semasa ke semasa. Para pemain juga turut sama boleh bersaing dengan lain, dan berlawan dengan mereka dengan bantuan ahli lain, sekaligus memperkuatkan lagi kawasan mereka.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mula bermain Mafia Wars 2 hari ini, dan mula membina kawasan jajahan maya anda di Facebook, serta bersaing dengan rakan-rakan lain dalam membina kawasan anda.


Komen ()